Powered By Blogger

Tuesday 2 October 2012

Gemuruh Dijiwa


Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral
Matapelajaran
Pendidikan Moral
Kelas
Tahun 4
Tarikh
22 Mac 2012
Masa
0930-1000
Bilangan Murid
35 orang
Bidang Pembelajaran
Nilai berkaitan dengan perkembangan diri
Nilai
1.3 Harga diri
Tajuk
Yakin diri
Pengetahuan Sedia Ada
1.    Murid telah mempelajari empat ciri individu yang mengamalkan nilai harga diri
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
Kognitif
  1. Mengenalpasti empat sikap yang berkaitan dengan harga diri.
  2. Menyatakan dua kesan jika tidak mengamalkan sikap yakin diri dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti.
  3.  Menyatakan dua usaha untuk meningkatkan keyakinan diri.
Afektif
  1.       Mengamalkan nilai harga diri semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas.
  2.       Menyatakan perasaan yang positif selepas mengikuti aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas.

Perlakuan
  1.       Mengaplikasikan sikap yakin diri semasa mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pendekatan
Pemupukan nilai,penjelasan nilai,
Teknik/ Kaedah
Nyanyian, permainan, soal-jawab, perbincangan
Nilai Tambahan
kerajinan
Unsur KBKK
Verbal-linguistik, mentafsir maklumat, menjana idea
Bahan Bantu Mengajar
Kad perkataan,papan tulis, kapur, pen marker, kertas mahjong, buku latihan


Set induksiSituasi : usaha pasti berjaya

Lagu : Faizal Tahir - Gemuruh (Lagu Tema MyStarz LG) Lirik

Bila bertalu rentak di kalbu Hasrat yang tersirat semakin ku buru  [sanggup bertindak] Bila bergema laungan gempita Harapan bernyala nadiku bergandaGemuruh jiwa semangat membara  [melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh] Dari puncak ingin ke angkasa      [ berani mencuba ] Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa [percaya dengan kebolehan diri ]


Langkah
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set induksi 
(3 minit)
0900-0903
Nilai :Harga diri

Situasi: Yakin Diri

Isi kandungan: lagu
“Gemuruh”

(rujuk lampiran 1)
      Guru melekatkan kertas mahjong di papan tulis (lirik lagu “Gemuruh”)

      Murid diminta membaca lirik lagu “Gemuruh”

      Murid diarahkan untuk menyanyikan lagu tersebut dengan iringan muzik.
Kaedah :
Nyanyian
Kemahiran berfikir:
Verbal-linguistik
BBM : kertas mahjong, pembesar suara




Langkah 1
(5 minit)
0903-0908
Nilai : harga diri
Situasi: Saya Yakin Saya Boleh
Isi kandungan:
Ulangkaji empat ciri-ciri individu yang mengamalkan nilai harga diri

            berani mencuba
            melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh
            percaya dengan kebolehan diri
          sanggup bertindak
           (analisis lirik lagu )


      Murid ditanya berkenaan dengan empat ciri-ciri individu yang mengamalkan nilai harga diri.

      Murid diminta mengenalpasti ayat yang terdapat pada lirik lagu “Gemuruh” yang dapat dikaitkan dengan empat ciri-ciri individu yang mengamalkan nilai harga diri

      Guru menyemak jawapan murid.



Kaedah : perbincangan

Kemahiran berfikir:
mentafsir maklumat

Nilai tambah:
kerajinan

Hasil pembelajaran:
Kognitif 1

Pendekatan :
Pemupukan nilai
Penjelasan nilai

BBM :
Kertas mahjong
Pen marker
Langkah 2 (13 minit)
0939 - 0952 
Nilai : harga diri

Situasi: Saya Yakin Saya Boleh

Isi kandungan:
“Say It Right”

      Medicine
      Wednesday
      Houses           
      Seafood
      Treasure
      Traditional
      Teeth

Soal-jawab
      Nyatakan perasaan anda  apabila berjaya menyebut perkataan dengan betul.

      Guru menulis tajuk aktiviti di papan tulis(“Say Right”)
      Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
      Seorang wakil daripada setiap kumpulan akan dipilih untuk menyebut perkataan yang ditayangkan oleh guru.
      Satu markah akan diberikan kepada wakil kumpulan yang dapat menyebut perkataan dengan betul.
      Guru mengumumkan kumpulan yang menang pertandingan “Say It Right”
      Murid ditanya soalan

Kaedah : permainan

Kemahiran berfikir:
Verbal-linguistik

Nilai tambah:
Kerajinan

Hasil pembelajaran:
Afektif 1
Afektif 2
Perlakuan 1

Pendekatan :
Pemupukan nilai
Penjelasan nilai

BBM :
Papan tulis, kapur,kad perkataan
Langkah 3
(5 minit)

0952-0957
Nilai :harga diri
Situasi: Saya Yakin Saya Boleh

Isi kandungan:
 “Spelling Bee”

    Town
    Sunshine
    Scissors
    Necklace
    Tounge
    Mosquito
    Grasshopper
    Mangosteen
    Starfruit

Soal-jawab
      Nyatakan perasaan anda apabila berjaya mengeja perkataan dengan betul.

      Guru menulis tajuk aktiviti di papan tulis (“Spelling Bee”)
      Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
     Seorang wakil daripada setiap kumpulan akan dipilih untuk mengeja perkataan yang disebut oleh guru. (guru akan memberi maksud perkataan yang disebut)
      Wakil kumpulan berkenaan akan diminta memilih nombor bagi menentukan perkataan yang bakal dieja oleh mereka.( 1-9)
      Satu markah akan diberikan kepada wakil kumpulan yang dapat mengeja perkataan dengan betul.
     Guru mengumumkan kumpulan yang menang pertandingan “Spelling Bee”
     Murid ditanya soalan oleh guru


Kaedah : permainan

Kemahiran berfikir:
Verbal-linguistik

Nilai tambah:
Kerajinan

Hasil pembelajaran:
Afektif 1
Afektif 2
Perlakuan 1

Pendekatan :
Pemupukan nilai
Penjelasan nilai

BBM :
Papan tulis, kapur, kad perkataan
Langkah 4

Nilai :harga diri
Situasi: Saya Yakin Saya Boleh
Isi kandungan:
rumusan ringkas
Soalan
1.Nyatakan aktiviti yang telah dilaksanakan sebentar tadi
2.Nyatakan sikap yang diamalkan semasa melakukan aktiviti sebentar tadi
3.Nyatakan dua keburukan jika individu tesebut tidak mengamalkan sikap yakin diri
4.Nyatakan dua usaha yang dapat dilakukan untuk menguasai Bahasa Inggeris. (meningkatkan keyakinan diri)
     Guru mengadakan sesi rumusan ringkas berkenaan dengan aktiviti yang telah dilaksanakan.
      Guru melekatkan kertas mahjong di papan tulis (soalan 1 hingga 4)
      Murid minta menjawab keempat-empat soalan yang terdapat pada kertas mahjong.
      Murid diminta menyalin hasil perbincangan di dalam buku latihan.
Kaedah : Soal-jawab

Kemahiran berfikir:
Menjana idea

Nilai tambah:
Kerajinan

Hasil pembelajaran:
Kognitif 1
Kognitif 2
Kognitif 3
Afektif 1

Pendekatan :
Pemupukan nilai
Penjelasan nilai

BBM :
Kertas mahjong, pen marker, buku latihan.
Rumusan
 (3 minit)
0957-1000
Nilai :harga diri
Situasi: Yakin diri
Isi kandungan:
Lagu “Gemuruh”

      murid diminta menyanyikan lagu “Gemuruh” sekali lagi
      Ketua kelas diingatkan untuk mengumpul buku latihan semua murid dan dihantar untuk disemak oleh guru pada keesokkan harinya.
Kaedah : nyanyian

BBM :kertas mahjong




No comments:

Post a Comment