Powered By Blogger

Tuesday 2 October 2012

CUBA JAYA


KERTAS LITMUS KOBIS ^_^

KELAS           : 5 Bestari
TARIKH         : 11 Ogos 2011
SUBJEK        : Sains (Asid dan Alkali)
TAJUK           : Kertas Litmus Kobis Merah

PENERANGAN
Kobis merah mengandungi sejenis pigmen molekul yang dikenali sebagai flavin. Pigmen molekul ini bersifat larut air. Pigmen ini juga terdapat pada kulit buah epal, buah popi dan anggur. Larutan yang berasid akan menukarkan pigmen ini kepada warna merah. Larutan yang neutral akan menukarkan pigmen ini kepada warna jingga. Larutan yang beralkali pula akan menukarkan pigmen ini kepada warna hijau-kekuningan.

CARA PENYEDIAAN
  1. Kobis merah dipotong kepada kiub-kiub kecil
  2. Kiub-kiub kecil kobis merah direndam dalam air panas selama 10 minit.
  3. Selepas 10 minit, kiub-kiub kecil kobis merah ditapis untuk mendapatkan larutan air  berwarna jingga.
  4. Kertas turas digunting kepada segiempat tepat yang sederhana saiznya dan direndam di dalam larutan jingga tersebut selama beberapa jam. (1-2 jam
  5. Selepas beberapa jam, kertas turas tersebut dikeringkan dan sedia digunakan.

FUNGSI
Kertas litmus kobis merah tersebut telah digunakan sebagai sebuah pengetahuan baru semasa mengajar tajuk Asid dan Alkali. Inovasi ini telah digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran di fasa aplikasi ilmu.

PENGGUNAAN
  1. 1.  6 jenis larutan diletakkan di dalam piring petri. Piring petri tersebut dilabelkan sebagai A,B,C,D,E dan F.

a)    Larutan gula
b)    Air minuman
c)    Cuka
d)    Jus limau
e)    Larutan kopi
f)     Larutan serbuk pencuci
2.    Kertas litmus kobis merah kemudiannya dicelupkan ke dalam keenam-enam larutan tersebut.
3.    Murid diarahkan untuk memerhatikan perubahan warna pada kertas litmus berikut.

KEPUTUSAN
BAHAN
PERUBAHAN WARNA
SIFAT KIMIA
Cuka
Jingga ke merah
Asid
Jus limau
Jingga ke merah
Asid
Air mineral
Tiada perubahan
Neutral
Larutan gula
Tiada perubahan
Neutral
Larutan kopi
Tidak menunjukkan perubahan warna yang jelas
Alkali
Larutan serbuk pencuci
Jingga ke hijau kekuningan
Alkali



 KEKUATAN
  1. 1.    Menyemai rasa ingin tahu dalam diri para pelajar. Kebanyakkan daripada mereka ingin mencuba membuat kertas litmus kobis tersebut di rumah. Mereka berasa sangat seronok dan gembira kerana pada hari tersebut mereka baru menyedari bahawa kobis merah boleh dijadikan penunjuk semesta.
  2.       Mendorong mereka meneroka dunia sains dengan mendedahkan mereka bahawa bahan yang terdapat di rumah boleh digunakan untuk menjalankan eksperimen.
  3.       Sesi pengajaran dan pembelajaran bertambah seronok. Mereka bukan sahaja mempelajari cara menggunakan kertas litmus yang biasa dijumpai di makmal malah berpeluang mencuba dan menguji kertas litmus buatan sendiri.
  4.       Aktiviti eksperimen menggunakan kertas litmus kobis merah dapat mengukuhkan lagi kemahiran manipulatif penggunaan kertas litmus.

KELEMAHAN
  1. 1.    Kertas litmus kobis merah ini tidak dapat dibuat sendiri oleh para murid didalam kelas kerana kesuntukkan masa. Maka para murid hanya mendengar secara lisan berkenaan cara penyediaan kertas litmus kobis merah tersebut. Ini kerana penyediaan kertas litmus kobis merah memerlukan jangka masa yang panjang.
  2.     Kertas litmus kobis merah ini memerlukan bahan yang berasid kuat dan bahan yang beralkali kuat untuk melihat perubahan warna yang jelas. Sebagai contoh, cuka. Kertas litmus kobis merah bertukar warna daripada warna jingga ke warna merah. Manakala, pada larutan serbuk pencuci pula, kertas litmus kobis merah bertukar warna daripada warna jingga ke warna hijau-kekuningan. Namun, ketika diuji menggunakan larutan kopi, kertas litmus kobis merah tersebut tidak menunjukkan perubahan warna yang jelas. Sebaliknya, ianya hampir menyerupai warna larutan kopi.


 IMPROVISASI
  1. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dari segi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kertas litmus kobis merah berkenaan, namun terdapat beberapa improvisasi yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah berkenaan. Antaranya ialah :
  2. Saya akan menyediakan beberapa jenis bahan (larutan gula,air minuman,cuka, jus limau, larutan kopi dan larutan serbuk pencuci) untuk dikaji oleh para murid. Para murid dikehendaki mengelaskan bahan-bahan berkenaan kepada asid, neutral dan alkali. Setiap kumpulan akan diberikan sekeping kertas mahjung untuk menulis jawapan mereka. Selepas beberapa minit (10 minit) seorang wakil daripada setiap kumpulan agar dipanggil untuk membentangkan jawapan mereka di hadapan kelas. 
  3. Setelah selesai sesi semakan jawapan bersama murid, saya akan mengedarkan beberapa keping kertas litmus kobis merah untuk setiap kumpulan. Para murid diarahkan untuk memerhatikan perubahan warna pada kertas litmus kobis merah berkenaan untuk mengenalpasti bahan yang berasid, neutral dan beralkali. Setiap kumpulan dikehendaki menyalin jadual berkenaan dan wakil dari setiap kumpulan akan membentangkan hasil eksperimen masing-masing. Setelah para murid membentangkan keputusan daripada eksperimen mereka, saya akan menerangkan maksud perubahan warna pada kertas litmus kobis merah tersebut. Sebagai contoh jika warna kertas litmus kobis merah bertukar menjadi warna merah, maka bahan berkenaan adalah berasid.
  4. Bagi membuktikan keputusan dari eksperimen kertas litmus kobis merah berkenaan mengikut teori yang terdapat di dalam buku teks atau di dalam buku rujukan, setiap kumpulan akan diberikan sekeping kertas litmus berwarna merah dan sekeping kertas litmus berwarna biru. Murid dikehendaki untuk memerhatikan perubahan warna pada kedua-dua kertas litmus berikut untuk mengenal pasti sifat kimia keenam-enam bahan berkenaan. Perbincangan bersama-sama dengan muri akan dilaksanakan sebagai aktiviti pengukuhan untuk topik Asid dan Alkali

No comments:

Post a Comment