Powered By Blogger

Tuesday 2 October 2012

Mari Belajar



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 5

Tarikh                                    : 11 Ogos 2011
Masa                                      : 0820 -0920
Kelas                                     :  5 Bestari
Bilangan murid                   : 19 orang
Subjek                                   : Sains Tahun 5
Bidang pembelajaran        : Menyiasat Alam Bahan
Topik                                     : Asid dan Alkali
Objektif pembelajaran       : Pelajar sepatutnya dapat:
1.    Memahami sifat bahan yang berasid, neutral dan beralkali.
Hasil pembelajaran            : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
1)   Menyatakan dua contoh bahan yang berasid.
2)   Menyatakan dua contoh bahan yang beralkali.
3)   Mengenalpasti bahan yang berasid, neutral dan beralkali dengan menggunakan kertas litmus.

Pengetahuan sedia ada
1.     Murid mengetahui bahawa limau merupakan salah satu contoh bahan yang berasid.

Kemahiran proses sains
1.    Berkomunikasi, memerhati, meramal, mengelas, mengeksperimen

Kemahiran berfikir
Membuat gambaran mental, mengumpul dan mengelas, meramal, menjana idea

Sikap saintifik dan Nilai murni
1.   Berfikir secara rasional, bekerjasama, menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam

Strategi
1.    Perbincangan, eksperimen

Bahan pengajaran dan pembelajaran
Lembaran kerja, kertas mahjong, cawan, kertas turas, piring petri, cuka, larutan gula, larutan serbuk pencuci, air minuman, jus limau, ubat gigi dan larutan kopi.

Fasa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Set Induksi
5 minit
(0820-0825)

Bahan yang berasid dan bahan yang beralkali.








n  Guru menyuruh murid meneka bahan yang terdapat di dalam enam buah cawan yang berlabel A,B,C,D,E dan F.
n  Enam orang murid dipilih ke hadapan kelas untuk merasa dan menghidu keenam-enam bahan yang terdapat di dalam cawan tersebut.
A – Larutan gula
B -  Air minuman
C -  Cuka
D -  Jus limau
E -  Larutan kopi
F – Larutan serbuk pencuci

KPS :
Berkomunikasi, memerhati, meramal

Strategi :
Perbincangan

KB:
Menjana idea, meramal

SSNM:
Berfikir secara rasional

BBM:
Larutan gula, air minuman, cuka,jus limau,larutan kopi, larutan serbuk pencuci,cawan

Fasa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Pencetusan Idea
10 minit
(0825-0835)


Sifat bahan berasid, neutral  dan beralkali.








n  Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
n  Setiap kumpulan akan diberikan sekeping kertas mahjong dan sebatang pen marker.
n  Setiap kumpulan diarahkan untuk menyalin semula jadual yang terdapat di papan hitam.
n  Murid dikehendaki menyenaraikan beberapa buah bahan kepada asid, neutral dan alkali.
n  Kemudiannya, setiap kumpulan dikehendaki meramalkan perubahan warna kertas litmus bagi asid, neutral dan alkali.
n  Guru menyemak bersama-sama dengan murid.


KPS :
Berkomunikasi, meramal

Strategi :
Perbincangan
Kerja kumpulan

KB:
Menjana idea, meramal

SSNM:
Berfikir secara rasional

BBM:
Kertas mahjong,pen marker



Fasa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Penstrukturan Semula Idea
20 minit
(0835-0855)


Sifat bahan berasid, neutral dan beralkali.







n  Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.(undi)
n  Guru akan mengedarkan sekeping kertas arahan untuk setiap kumpulan sebelum eksperimen dijalankan.
n  Setiap kumpulan akan diberikan enam buah piring petri dan enam jenis larutan.
n  Murid dikehendaki mengenalpasti bahan yang berasid,neutral dan beralkali menggunakan kertas litmus.
n  Murid dikehendaki mencatat perubahan warna pada kertas litmus di dalam Jadual 1 pada kertas arahan.

KPS :
Berkomunikasi, mengeksperimen,
mengelas

Strategi :
Eksperimen

KB:
Membuat gambaran mental,mengumpul dan mengelas

SSNM:
Bekerjasama, berfikir secara rasional

BBM:
Larutan gula, air minuman, cuka,jus limau,larutan kopi, larutan serbuk pencuci,cawan, piring petri, kertas litmus,kertas arahan

Fasa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Aplikasi Idea
15 minit
(0855-0915)


Sifat bahan berasid, neutral dan beralkali.






n  Guru memberitahu murid bahawa bahan yang terdapat di dapur boleh dijadikan sebagai kertas litmus.
n  Murid dikehendaki mengenalpasti bahan yang berasid, neutral dan beralkali menggunakan kertas litmus kobis merah.
n  Murid dikehendaki mencatat perubahan warna pada kertas litmus kobis merah pada kertas mahjong
n  Guru memberikan setiap kumpulan kertas litmus biru dan merah untuk diuji semula bahan berkenaan untuk memastikan sifat kimia bahan tersebut sama dengan teori.
n  Guru berbincang bersama-sama dengan murid.
KPS :
Berkomunikasi, memerhati
Strategi :
Eksperimen, perbincangan
KB:
Membuat gambaran mental, menjana idea

SSNM:
Menyedari bahawa  sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam

BBM:
Kertas litmus kobis merah, piring petri,  Larutan gula, air minuman, cuka,jus limau,larutan kopi, larutan serbuk pencuci

Fasa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Penutup
5 minit
(0915-0920)

Sifat bahan berasid, neutral dan beralkali.






n  Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid.
a)    Apakah nama kertas yang boleh digunakan untuk mengkaji sifat kimia bahan?
b)    Apakah warna kertas litmus jika bahan adalah berasid?
c)    Apakah warna kertas litmus jika bahan adalah neutral?
d)    Apakah warna kertas litmus jika bahan adalah beralkali?
e)    Nyatakan dua contoh bahan yang berasid, neutral dan beralkali.

KPS :
Berkomunikasi

Strategi:
Perbincangan (soaljawab)

KB:
Menjana idea

SSNM:
Berfikir secara rasional


No comments:

Post a Comment