Powered By Blogger

Monday 1 October 2012

Draft P&P


PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 (1 JAM)
TAJUK : KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA

SET INDUKSI
Lagu : Keluarga
Harta yang paling berharga adalah keluarga
Istana yang paling indah adalah keluarga
Puisi yang paling bermakna adalah keluarga
Mutiara tiada tara adalah keluarga
Selamat pagi emak, selamat pagi abah
Mentari ini berseri indah
Terima kasih emak, terima kasih abah
Restu sakti perkasa
Dari kami putra putri
Yang siap berbakti


Langkah 1
aAktiviti : soal jawab (berdasarkan lagu)
  Soalan :
  1.          Apakah harta yang paling berharga yang disebut di dalam lagu “Keluarga”?
  2.          Mengapakah keluarga dikatakan harta yang paling berharga?
  3.         Bagaimanakah penyanyi tersebut menyayangi emak dan abahnya?
  4.         Mengapakah kita perlu menyayangi ahli keluarga kita?
(bersyukur kerana setiap kali dia memulakan hari yang baharu, emak dan abahnya masih bersama dengannya.) = jawapan soalan nombor 3
(mewujudkan keluarga bahagia, saling menghormati, saling menghargai antara satu sama lain- mana-mana jawapan murid)= jawapan soalan nombor 4

Hasil pembelajaran :
  1. Menyedari bahawa keluarga merupakan harta yang paling berharga kerana keluarga tidak mampu dibeli dan diganti dengan wang ringgit. (afektif)
  2. Menyatakan  2 kepentingan menyayangi ahli keluarga

Langkah 2
VIDEO : Kisah Tujuh Beradik 

Soal jawab : [berdasarkan video]
  1.  Berapa orang anak mak cik yang terdapat dalam video tersebut?
  2.  Bagaimanakah ketujuh-tujuh orang adik beradik berkenaan menunjukkan rasa sayang
     kepada ibu mereka (membantu mengayam ketupat,memarut kelapa, memotong
      bawang )
  3.  Nyatakan jasa terbesar adik-beradik berkenaan kepada ibunya (membawa seekor lembu kerana ibu mereka menanyakan daging )

Aktiviti : murid diminta menulis jasa yang pernah diberikan oleh mereka terhadap emak, ayah, adik, abang, kakak, nenek dan datuk-murid pilih)   
  •     Secara rawak guru akan meminta rakan mereka membaca hasil catatan tersebut

Hasil pembelajaran :
  1.  Menyedari bahawa keluarga merupakan harta yang paling berharga kerana keluarga tidak mampu dibeli dan diganti dengan wang ringgit. (afektif)
  2. Menyemai amalan sayang-menyayangi sesama anggota keluarga melalui amalan saling membantu. (afektif)
  3. Murid membaca hasil catatan jasa rakannya (perlakuan)

Langkah 3
AKTIVITI : Perbincangan (soal jawab)
Bahan bantu mengajar : video “Sayangi Orang Tua Kita”
Contoh soalan :
  1.  Siapakah anak kepada pak cik tua tersebut?
  2.  Nyatakan sikap yang ditunjukkan oleh perempuan tersebut terhadap ayahnya.
  3.  Adakah wajar anak dan menantu pak cik tersebut memperlakukan pak cik sedemikian?
  4.  Jka kamu adalah anak kepada pak cik tersebut, nyatakan tindakan yang patut kamu lakukan untuk menunjukkan kamu menyayangi ayah kamu.

Soalan tambahan :
  • Bagaimanakah cara kamu menyayangi nenek dan datuk kamu?mengapakah kamu perlu menyayangi nenek dan datuk ?

  • Hasil pembelajaran :
    ·    Menyemai amalan sayang-menyayangi sesama anggota keluarga melalui amalan saling membantu. (afektif)
    ·    Menyatakan  2 kepentingan menyayangi ahli keluarga (kognitif)

    LANGKAH 4
    Aktiviti : Diari  Macelina
    1 Jun  – Hari ini, kakak pulang dari kerja dengan membawa dua ekor beruang mainan. Kakak telah memberikan satu ekor beruang kepada saya dan satu lagi kepada adik. Kakak amat menyayangi kami. Kakak selalu membantu kami apabila menghadapi masalah dalam pelajaran. Kakak tidak pernah pilih kasih. Saya dan adik selalu dilayan dengan adil. Saya sayang kakak.
    11 Jun – Hari ini, abang telah membawa saya dan adik pergi menonton wayang. Selepas itu, abang membelanja saya dan adik makan ais krim.  Kami berbual-bual dan bergurau senda. Abang memang suka meluangkan masa bersama-sama dengan saya dan adik. Saya sayang abang saya.

    Soal-jawab:
    ·    Bagaimanakah cara kakak dan abang Macelina menunjukkan rasa sayang terhadap adik-adiknya?
    ·    Bagaimana kamu menunjukkan rasa sayang kamu terhadap adik-beradik kamu? Ceritakan.

    Hasil pembelajaran :
    ·     Menyemai amalan sayang-menyayangi sesama anggota keluarga melalui amalan saling membantu dan saling menghargai antara satu sama lain. (afektif)

    LANGKAH 5: Penutup
    Aktiviti : Surat Akujanji

          Saya berjanji dengan saya sendiri bahawa saya akan menyayangi anggota keluarga saya dengan sepenuh hati saya. Saya berjanji saya akan sentiasa mengamalkan nilai kasih sayang terhadap anggota keluarga dengan saling menghormati dan saling membantu sesama anggota keluarga kerana saya sedar bahawa keluarga merupakan harta yang sangat bernilai yang tidak mampu dibeli dan diganti dengan duit.

    Hasil pembelajaran :
    ·    Menyedari bahawa keluarga merupakan harta yang paling berharga kerana keluarga tidak mampu dibeli dan diganti dengan wang ringgit. (afektif)
    ·    Menbaca ikrar dengan penuh semangat serta mengaplikasikan ikrar tersebut di rumah. (perlakuan)

    Draft sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral




No comments:

Post a Comment